Monday, 20 March 2017

Haji Abdul Rahman Limbong


A)Biodata

  1. Nama lengkapnya ialah Haji Abdul Rahman bin Haji Abdul Hamid bin Haji Abdul Qadir
  2. Lahir tahun 1285 H/1868M, meninggal dunia di Mekah 1347 H/1929M.
  3. Datuk neneknya berasal dari Patani dan Terengganu
  4. Haji Abdul Rahman Limbong mendapat pendidikan asas ilmu-ilmu Islam sejak kecil di Mekah.
  5. Gurunya ialah Haji Tun Muhammad, salah seorang ayah saudaranya
  6. .Ketika pulang ke Terengganu beliau mendapat pendidikan dari Haji Ya’qub dan Haji Musa yang tinggal di Paya Bunga
  7. Haji Abdul Rahman Limbong juga seperti gurunya Tok Ku Paloh, adalah seorang pengamal Tarikat Sammaniyah.

B)SEJARAH PERJUANGAN HAJI ABDUR RAHMAN BIN LIMBONG

Perjuangan Haji Abdur Rahman Limbong dan beribu-ribu pengikutnya adalah wajar dan sah dari segi undang-undang dunia. Sewaktu pihak Inggeris masih menjadi penjajah di Terengganu, H. W. Thomson dan J. L. Humphreys membuat laporan yang memburuk-burukkan Haji Abdur Rahman Limbong sehingga keadaan menjadi agak tegang dan huru-hara. Di dalam lapaoran tersebut menyatakan kononnya, Haji Abdur Rahman Limbong dan pengikutnya adalah sebagai penderhaka kepada pemerintahan .

Hal tersebut menyebabkan Haji Abdur Rahman Limbong ditangkap dan dibuang ke Singapura dan selanjutnya dibuang ke Mekah dalam tahun 1928. Setahun kemudian iaitu pada sekitar tahun 1929 Masihi ulama pejuang Islam dan bangsa Melayu itu meninggal dunia. Sejarah mencatat bahawa sebab-sebab timbul pemberontakan adalah kerana rakyat golongan petani berasa dipergunakan oleh pihak penjajah Inggeris.

Dalam tahun 1920-an, pihak Inggeris mula campur tangan untuk mentadbir tanah di lokasi Kuala Telemong hingga ke Ulu Telemong. Setiap ekar tanah yang dibuka oleh rakyat dikenakan cukai oleh penjajah Inggeris. Jika kita berfikir secara logik, pihak Inggeris tiada hak sama sekali dalam urusan pengutipan cukai. Akan mengutip cukai dalam negeri Terengganu yang sejak lama telah berkerajaan sendiri sedangkan mereka hanyalah satu bangsa pendatang. Oleh sebab itulah, Haji Abdur Rahman Limbong dalam hujah-hujahnya di mahkamah menegaskan bahawa tanah yang dibuka oleh rakyat itu adalah hak Allah bukannya hak negeri. Mungkin maksud negeri itu adalah yang ada campur tangan penjajah Inggeris. Haji Abdur Rahman Limbong menegaskan bahawa tanah yang mereka miliki adalah tanah pusaka peninggalan orang-orang tua mereka yang datang dari Johor. Kita patut mengucapkan jutaan terima kasih kepada ulama seperti Haji Abdur Rahman Limbong yang telah membuka mata putera-putera bangsa mengenali ajaran Islam yang sebenar sekali gus bangsa Melayu Islam adalah mempunyai harga diri jangan dapat ditipu daya oleh bangsa penjajah.



C)FAKTOR PENENTANGAN HAJI AHMAD BIN LIMBONG

Ketidak puas hati Engku Jeram
Tindakan canpur tangan Inggeris di Paser Puteh yang selama ini yang menjadi pegangan Haji Abdul Ahmad Limbong dianggap sebagai mencabar kewibawaan beliau. Hal ini kerana, setelah perlantikan Che Abdul Latif dari Singapura, Haji Abdul Ahmad Bin Limbong telah kehilangan kuasa pegangan. Beliau juga dipaksa membayar cukai ke atas tanah yang dimilikinya.

Ketidakpuasan Tok Janggut
Selain itu, oleh kerana pejabat yang terletak jauh dari tempat tinggal menyebabkan beliau menghadapi masalah pengangkutan pegawai yang bertugas. Beliau juga tidak merasa berpuas hati kerana pegawai British memberikan layanan yang kasar serta tidak memuaskan. Tok Janggut juga masih berasa marah kerana bapa dan abangnya di bunuh secara kejm oleh pihak British.

Pembaharuan sistem cukai
Seterusnya, British juga memperkenalkan sistem cukai yang sangat membebankan semua pihak. Cukai tersebut wajib dibayar oleh semua orang. Pada tahun 1915, sistem cukai tanaman yang lebih ketat diperkenalkan dan semua pemilik tanaman dipaksa membayar cukai walaupun tidak mengusahaknnya. Hal tersebut menimbulkan ketidakpuasan rakyat kerana mereka juga berada dalam keadaan yang serba daif

D)Video perjuangan Haji Abdul Rahman Limbong
Perjuangan Haji Abdul Rahman Limbong

9 comments:

  1. ini kelantan la...salah informasi ni

    ReplyDelete
  2. Iyee,walaupun salah informasi xperlu lah smpai nk mencarut...Org dh bagi tu kira bersyukur lah weii hmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. ork...ni dok...duk kecek mende dok snonoh gitu...guane yang kuang ajor ngat...

      Delete
  3. Replies
    1. dosa mung...selagi yer ade situ...selagi tuh ah dose mung jalan

      Delete
  4. Ini salah informasi...tolong btul kan yee informasi ini🙂

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum tuan ..mohon izin utk kongsikan artikel ini

    ReplyDelete